Pages

Thursday, December 22, 2011

11-12-11 dear daddy

Bismillahirahmanirahim..assalamualaikum..
ayah! abah! bapa! papa! baba! daddy! ..semua orang memiliki satu panggilan tu dalam family termasuk aku..Ayah..seorang wira negara yang pernah berjuang menentang komunis satu ketika dulu sebelum aku dilahirkan dimuka bumi ni.dari belum sekolah sampai la ke universiti ayah tetap akan menyeru kami adik beradik supaya belajar belajar dan belajar sampai kadang2 hari sabtu ahad pun dia tanya 'hampa x p sekolah ka'..
saban hari saban waktu aku dibesarkan di pangkuan mummy dan ayah.mummy dirumah memasak aku pula selalu ikut ayah ke kedai menonton gusti aka WWF."Tea O' kaw" dan "mee goreng" kegemaran ayah terpaksa jd kegemaran kami sekeluarga.dulu bila ayah balik dari kerja tepat jam 4.30 ptg kami selalu tunggu depan pintu sebab ayah akan bawak buah tgan utk kami wlupon hanya sekadar nasi lemak berlaukan ikan bilis.lagi satu dia kalau sekali dapat beli ketam hari2 dia beli sanggup habis berpuluh2 ringgit untuk seekor ketam kegemaran dia.mummy selalu marah dia beli ketam je benda lain smpai lupa.itulah ayahku..
Teringat zaman sekolah ayah belikan aku kasut sekolah 'All Star".dia beli agak besar sbb x ukur dlu.aku menangis xnak pakai kasut 2 lepas 2 dia nak bagi kat org lain.aku menggelupur menagis x semena2 aku kena belasah.ayahku garang dan tegas sebab 2 kami adik beradik xbrani buat jahat.petang kalau sebelum azan magrib x pergi mengaji lagi memang cari nahas.kadang2 kami sampai x mandi pun pegi mengaji sbb takut punya pasal.syukur Alhamdulillah berkat sikap tegasnya aku dan adik beradik lain dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan baik.
Tanggal 11-12-11 lebih kurang jam 4.20 ptg ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga.dengan tiga kali lafaz ayah menghembuskan nafasnya yg terakhir.ketika nazak aku dipangkuan ayah aku pandang kuku jarinya yg makin pucat.matanya memandang keatas seolah2 nampak seruan malaikat.ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya,teman sejatinya mummyku orang yang paling merasai kehilangannya kerana tiap hari ayahku menjadi teman paling akrab mummyku.
kini 10 hari berlalu.aku masih rasa baru semalam aku menyuapkan air ke mulut arwah semasa sakit.aku terasa sangat kehilangan dia sebab aku belum sempat membalas jasanya semasa hayatnya.menurut mummy kini hanya ayat suci Al-quran yang disedekahkan anak2 yang didambakan oleh armarhum ayahdanku.pemergian Ayah meninggalkan kesan yang amat besar dalam keluarga.semakin hari ayah semakin jauh dari kami.Kami akan ingat pesan ayah sampai bila2.Kami akan sentiasa mendoakan ayah.semoga Ayah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.Amin

p/s: bagi sesape yang masih ada ayah harap2 hargailah dia semasa dia masih hidup.kalau dah terlambat seminit pun menyesal dah x guna.cerita ni panjang sangat2 tapi aku pendekkan sebab aku belum bersedia nak cerita apa2 mengenai ni.. bye!

Al-Fatihah....




Monday, December 5, 2011

Cinta Hati Nazmi Faiz Mansor

haha terkejut? gua jarang minat artis laki ke hero ke ape ke tapi kalini gua jatuh hati sama hero Malaya kegilaan ramai yang tengah hot meletup..kalau lu minat khairul fahmi che mat..gua tak.gua minat sama ini budak cilibo Nazmi Faiz Mansor.euuww mesti ramai geram dengan gua punya statement..ahak! ala lu nak minat lu minat la..gua x kacau sape pun kalau gua minat! (ayat punya nak kasar tulis gua lu gua lu)..
nah gua kasi lu tengok...

wokey gua nak cerita sama lu gua memang sejak azali minat gila laki main bola..memang dari sekolah rendah hobi gua mengushar budak bola..euuwww terbaik dari ladang(haha)..jangan marah gua sebab gua dari kecik dah tanam urat perut hati jantung kat budak2 main bola ni.nahh muncul pulak budak kecik ni..gua tau dia bukan kenal gua pun tapi nak buat macam mana gua dah suka(euuwww xmalunye).haha ala saje nak bg lu panas je..panas x? haha

okey ni gua nak share pic budak ney..dia send mms kat gua semalam..euuwww
ha tudia ni la bieber bola sepak malaysia..comel gila..lu orang kalau nak dengki2 jangan tengok..gua share pun dah besar rahmat dah ney,jgn nak copy2 plak..haha

okey ini budak nama Nazmi Faiz baru 17tahun muda dari gua-aisheh-dia ney dah buat 1 pengorbanan besar kat negara kita ney.sanggup tangguh SPM semata2 nak support team harimau muda dalam sukan Sea Indon.owh (ape keja dah nye aku tulis skema ni)aha..

okey since dia dah ramai gila peminat(termasuk aku),lu xpayah la nak obses sgt.apa kata kita support je team harimau kita.

ps: kalau bagi aku Fakri Saarani pun aku xkisah dah..haha BYE!

Saturday, November 26, 2011

weekend

hello guys....u olls buat ape je today...hermm this week cuti 3 hari kan...sebab esok Tahun Baru...Awal Muharam...aku? aku x p mana pun..dok umah je hurm xde xtvt best pun..x sabar nak tunggu esok nak tengok bola..support malaysia kat SNBJ.Malaysia vs Bahrain.sejak joint ultras malaya ney mmg syok..rasa semangat nak tengok bola.support team malaysia..hehe.ok 2 u olls yang ade hati nak joint ultras malaya bole la hafal lagu nanti kita gegar stadium same2 ye..sape xtau lirik 2 nah amek ney bole refer..Go Malaysia Go Harimau Malaya...yeah :)

Wednesday, November 23, 2011

perfect

intro2 : wanita,perempuan,gadis,awek,cewek,marka,gewe sumenye come with 1 meaning.selalu kaum hawa ni orang anggap kaum lemah tapi sebenarnya kaum ni pling kuat antara terkuat.toksah dok pertikai la kata la kuat tang mana.tapi yang orang xtau hati kaum camni sangat-sangat sensitif (nak2 aku).

aku bukan apa aku nak tanya kenapa terlalu mencari kesempurnaan walaupon kita tau xde manusia yang sempurna.semua sama ja. kdg2 tu diri sendiri pon serba kekurangan tapi memilih nak yang perfect bagai.aku bukan ckp psal diri aku tapi org kat luar 2 yg msih dok pikior cetek.hang la sapa lagi!haha

apakata klu anda,anda dan anda termasuk saya baiki diri masing2 untuk jadi yang terbaik.ye dok..ps:klu nak ckp ape nk komen ape elokla fikir baik2 sbb apa yg hang komen 2 bukan kita yg cipta tau...nun kat atas sana nun...kecian org 2 sampai rasa down xbley nk fokus dlm hidup.


Friday, November 11, 2011

menyesal

terlajak perahu bole undur..terlajak perbuatan??? tanggung la sendiri....
:(

Sunday, October 23, 2011

Sekapur Sirih Seulas Pinang

uhuk uhuk tajuk xbole blah kan...hee let me tell u the detail for the sweet title..aha ni la hari yang ku nanti2kan selama 3 tahun berhempas pulas(pulas la sgt kan) kat uitm..aha tanggal 23rd October 2011 adalah tarikh keramat pengguguran taraf aku sebagai student.kenapa? kerana.......(xlebih dr 15 perkataan)...aha tersyok sendri plak...hari ini aku bergelar alumni UiTM dah..haha kau ade? aha ramai yang ade kot..this is my day..nah tgok ckit pic aku convo..
pic wajib lambung topi 4 sagi ok


best pren gue jugek

hehe okey thats all..gue males nak tulis panjang2...c u soon (2 pon klu nak see la kan) uhu da......


Friday, August 19, 2011

Nah Amek KaU

Assalamualikum...harini 18 ramadhan da...aku begaduh la pulak.tapi dah OK dah.haishh asal plak bole begado...ala biasa la..lumrah manusia..dengan siapa aku gaduh x payah tahu la ye...aha biarla aku je yang tau!!!okey cerita nak cerita ney kisahnye..

'kan semalam-semalam tuu aku begaduh kan..xde la makanan untuk sahur..aku puasa..tp xtau la puasa aku ney diterima or x sebab memang aku ase orang cakap bukan setakat tahan lapar dahaga je kan..so biasa akan ada makanan la kat umah stock untuk habuan sahur(nah ayat sopan gila)..tapi malam tuu memang xmasak or beli pape..so esok pagi subuhnye....."
aha nampak x aku bersungguh2 ney

"aku bangun tengok jam kat nfon blackberrias aku ney mcm baru pukul 4.30..dengan slumber aku p minum ayaq kat dapur(nah penang mai)..lepas hentam 2 3 gelas...aku pon kecikkan mata bulattku nak tengok jam kat dinding..ropa-ropanya jam dah pukul 6.30..perghhh kenyang gile minum wey..aha aku terus tersentap..ni memamg la x sengaja kan..aha aku pun fikir la sambil tanya pada diri sendiri "PUASA KE AKU NEY"..aha poyo kan..aku xsure tapi that day memang aku puasa jugak dengan keadaan xyakin dengan puasa aku."

sebenarnye mungkin tuhan nak tunjuk kot tak elok berselisih faham lama2 kan...aku pun x suka so aku ase better buang je perasaan 2.tak kira dengan sape pon nak-nak bulan mulia yang penuh berkah ni(cewah ayat nak mantap)..so kat sini aku nak mohon jutaan dan millionan maaf la kalau aku ada terkasar bahasa atau mengguris hati sesape..

aku pun gedik jugak nak merajuk-merajuk macam budak-budak..so sementara aku hidup ney sempat lagi aku mintak maaf so aku mintak la..kenapa nak tunggu raya..ye dak??? setiap minit itu adalah nyawa..so baik hargai nyawa masing-masing(aha tetiba lari topic).actually aku just nak cakap X ELOK BERSELISIH FAHAM WEY tuhan pun tak suke so kita manusia ney jangan la buat..

aku harap aku dapat baiki diri aku yang serba kekurangan ney  MUAX!

Sunday, April 3, 2011

harus ke macam ney

hye jumpa lagi kite ye..hidup lagi ye..Alhamdulillah syukur nikmat tuhan bagi sebab sampai harini masih boleh lihat alam maya yang serba serbi indah lagi suci (suci ke) and damai ney( ayat nak macam ustazah da ney). hadoi malas la nak update blog ni..bosan sangat bukan ade orang nak baca pon kan...actually aku update ney pon sebab kakak aku ha sihttp://www.facebook.com/permalink.phpstory_fbid=136357083103604&id=100001959082742¬if_t=share_reply#!/profile.php?id=1089699896 yang beria suka suruh aku baca blog dia and update blog aku..

aish syiok sendiri plak dah aku ney..hurm point here aku nak cakap pasal hidup dan kenyataan dan hakikat dan dot dot dot......
 

KENAPA KITA TAK BOLEH JADI MACAM ORANG LAIN?
* BECOZZZ.............

tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat

      Betul kan penyataan nie? kat dunia nie, tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat. sebab kalau kita selalu dapat apa yang kita nak, kita takkan ada semangat nak berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. tak semestinya kita takkan dapat apa yang kita nak. asalkan kita redha, asalkan kita berusaha dengan lebih kuat lagi insyaAllah akan dipermudahkan jalan untuk kita dapatkan apa yang kita nak. tak mustahil kita akan dapat berkali ganda dari apa yang kita harapkan. asalkan ada usaha. bak kata pepatah, setiap apa yang kita lakukan, mesti diiringi dengan usaha. takde usaha, maka takdelah hasil. kan? bukan maksud aku nak cakap yang kita tak berusaha. aku tahu kita dah berusaha sedaya upaya kita untuk dapatkan apa yang kita nak. kalau kita tak dapat, mungkin masih belum ada rezeki untuk kita memilikinya.

      Kadang kadang kan, kita selalu merungut kenapa nasib kita tak sebaik orang lain. kenapa orang lain lebih beruntung dari kita. kenapa orang lain selalu dapat apa yang dia nak. kenapa dia ada apa yang kita takde. kenapa kita tak boleh jadi macam dia. kenapa? kenapa? kenapa? sebab kita lupa, kita lupa yang setiap kejadian Tuhan tu ada keistimewaannya yang tersendiri. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri. sebenarnya, dua benda nie lah yang saling melengkapi dalam hidup kita. takde manusia yang sempurna kat muka bumi nie. takde. sesempurna mana pun seseorang tu, tetap ada silapnya jugak.
   i dont knoe...




"Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

PEACE :)

Saturday, March 5, 2011

Fakta ke Auta

Mende ni aku rembat dari google je pasal mende yang lelaki perlu tahu pasal pompuan...entah betul entah tak...korang bace je la...mcm poyo pon ade..tp ade gak yang betol if aku yang tulis sendri mmg aku rasa aku poyo sgt la...hehehhe...jom layan...hahha bodoh gile kan

ni ha aku rembat dr google gak...entah sesuai entah tak...
 
Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

Thursday, March 3, 2011

KeKaSih

last time aku bawak dia jalan kat Botanical Garden Penang
tetiba rasa macam nak tulis kan..motif sangat duduk rumah xde keje nak buat....so ape lagi..jadi blogger lah..ops!! lari topic la pulak..hurm story pye story ni ha nak habaq mai kekasih yang aku maksudkan bukan sesape pon...nak tau sape??? ha ni dia...makkk aiii rindu sgt la kat dia..ni la cinta hati aku yang slalu buat aku senyum and marah..sayang sampai mati <3 Nur Syazwi Afrina