Pages

Sunday, April 3, 2011

harus ke macam ney

hye jumpa lagi kite ye..hidup lagi ye..Alhamdulillah syukur nikmat tuhan bagi sebab sampai harini masih boleh lihat alam maya yang serba serbi indah lagi suci (suci ke) and damai ney( ayat nak macam ustazah da ney). hadoi malas la nak update blog ni..bosan sangat bukan ade orang nak baca pon kan...actually aku update ney pon sebab kakak aku ha sihttp://www.facebook.com/permalink.phpstory_fbid=136357083103604&id=100001959082742¬if_t=share_reply#!/profile.php?id=1089699896 yang beria suka suruh aku baca blog dia and update blog aku..

aish syiok sendiri plak dah aku ney..hurm point here aku nak cakap pasal hidup dan kenyataan dan hakikat dan dot dot dot......
 

KENAPA KITA TAK BOLEH JADI MACAM ORANG LAIN?
* BECOZZZ.............

tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat

      Betul kan penyataan nie? kat dunia nie, tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat. sebab kalau kita selalu dapat apa yang kita nak, kita takkan ada semangat nak berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. tak semestinya kita takkan dapat apa yang kita nak. asalkan kita redha, asalkan kita berusaha dengan lebih kuat lagi insyaAllah akan dipermudahkan jalan untuk kita dapatkan apa yang kita nak. tak mustahil kita akan dapat berkali ganda dari apa yang kita harapkan. asalkan ada usaha. bak kata pepatah, setiap apa yang kita lakukan, mesti diiringi dengan usaha. takde usaha, maka takdelah hasil. kan? bukan maksud aku nak cakap yang kita tak berusaha. aku tahu kita dah berusaha sedaya upaya kita untuk dapatkan apa yang kita nak. kalau kita tak dapat, mungkin masih belum ada rezeki untuk kita memilikinya.

      Kadang kadang kan, kita selalu merungut kenapa nasib kita tak sebaik orang lain. kenapa orang lain lebih beruntung dari kita. kenapa orang lain selalu dapat apa yang dia nak. kenapa dia ada apa yang kita takde. kenapa kita tak boleh jadi macam dia. kenapa? kenapa? kenapa? sebab kita lupa, kita lupa yang setiap kejadian Tuhan tu ada keistimewaannya yang tersendiri. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri. sebenarnya, dua benda nie lah yang saling melengkapi dalam hidup kita. takde manusia yang sempurna kat muka bumi nie. takde. sesempurna mana pun seseorang tu, tetap ada silapnya jugak.
   i dont knoe...




"Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

PEACE :)