Pages

Thursday, December 22, 2011

11-12-11 dear daddy

Bismillahirahmanirahim..assalamualaikum..
ayah! abah! bapa! papa! baba! daddy! ..semua orang memiliki satu panggilan tu dalam family termasuk aku..Ayah..seorang wira negara yang pernah berjuang menentang komunis satu ketika dulu sebelum aku dilahirkan dimuka bumi ni.dari belum sekolah sampai la ke universiti ayah tetap akan menyeru kami adik beradik supaya belajar belajar dan belajar sampai kadang2 hari sabtu ahad pun dia tanya 'hampa x p sekolah ka'..
saban hari saban waktu aku dibesarkan di pangkuan mummy dan ayah.mummy dirumah memasak aku pula selalu ikut ayah ke kedai menonton gusti aka WWF."Tea O' kaw" dan "mee goreng" kegemaran ayah terpaksa jd kegemaran kami sekeluarga.dulu bila ayah balik dari kerja tepat jam 4.30 ptg kami selalu tunggu depan pintu sebab ayah akan bawak buah tgan utk kami wlupon hanya sekadar nasi lemak berlaukan ikan bilis.lagi satu dia kalau sekali dapat beli ketam hari2 dia beli sanggup habis berpuluh2 ringgit untuk seekor ketam kegemaran dia.mummy selalu marah dia beli ketam je benda lain smpai lupa.itulah ayahku..
Teringat zaman sekolah ayah belikan aku kasut sekolah 'All Star".dia beli agak besar sbb x ukur dlu.aku menangis xnak pakai kasut 2 lepas 2 dia nak bagi kat org lain.aku menggelupur menagis x semena2 aku kena belasah.ayahku garang dan tegas sebab 2 kami adik beradik xbrani buat jahat.petang kalau sebelum azan magrib x pergi mengaji lagi memang cari nahas.kadang2 kami sampai x mandi pun pegi mengaji sbb takut punya pasal.syukur Alhamdulillah berkat sikap tegasnya aku dan adik beradik lain dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan baik.
Tanggal 11-12-11 lebih kurang jam 4.20 ptg ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga.dengan tiga kali lafaz ayah menghembuskan nafasnya yg terakhir.ketika nazak aku dipangkuan ayah aku pandang kuku jarinya yg makin pucat.matanya memandang keatas seolah2 nampak seruan malaikat.ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya,teman sejatinya mummyku orang yang paling merasai kehilangannya kerana tiap hari ayahku menjadi teman paling akrab mummyku.
kini 10 hari berlalu.aku masih rasa baru semalam aku menyuapkan air ke mulut arwah semasa sakit.aku terasa sangat kehilangan dia sebab aku belum sempat membalas jasanya semasa hayatnya.menurut mummy kini hanya ayat suci Al-quran yang disedekahkan anak2 yang didambakan oleh armarhum ayahdanku.pemergian Ayah meninggalkan kesan yang amat besar dalam keluarga.semakin hari ayah semakin jauh dari kami.Kami akan ingat pesan ayah sampai bila2.Kami akan sentiasa mendoakan ayah.semoga Ayah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.Amin

p/s: bagi sesape yang masih ada ayah harap2 hargailah dia semasa dia masih hidup.kalau dah terlambat seminit pun menyesal dah x guna.cerita ni panjang sangat2 tapi aku pendekkan sebab aku belum bersedia nak cerita apa2 mengenai ni.. bye!

Al-Fatihah....




Monday, December 5, 2011

Cinta Hati Nazmi Faiz Mansor

haha terkejut? gua jarang minat artis laki ke hero ke ape ke tapi kalini gua jatuh hati sama hero Malaya kegilaan ramai yang tengah hot meletup..kalau lu minat khairul fahmi che mat..gua tak.gua minat sama ini budak cilibo Nazmi Faiz Mansor.euuww mesti ramai geram dengan gua punya statement..ahak! ala lu nak minat lu minat la..gua x kacau sape pun kalau gua minat! (ayat punya nak kasar tulis gua lu gua lu)..
nah gua kasi lu tengok...

wokey gua nak cerita sama lu gua memang sejak azali minat gila laki main bola..memang dari sekolah rendah hobi gua mengushar budak bola..euuwww terbaik dari ladang(haha)..jangan marah gua sebab gua dari kecik dah tanam urat perut hati jantung kat budak2 main bola ni.nahh muncul pulak budak kecik ni..gua tau dia bukan kenal gua pun tapi nak buat macam mana gua dah suka(euuwww xmalunye).haha ala saje nak bg lu panas je..panas x? haha

okey ni gua nak share pic budak ney..dia send mms kat gua semalam..euuwww
ha tudia ni la bieber bola sepak malaysia..comel gila..lu orang kalau nak dengki2 jangan tengok..gua share pun dah besar rahmat dah ney,jgn nak copy2 plak..haha

okey ini budak nama Nazmi Faiz baru 17tahun muda dari gua-aisheh-dia ney dah buat 1 pengorbanan besar kat negara kita ney.sanggup tangguh SPM semata2 nak support team harimau muda dalam sukan Sea Indon.owh (ape keja dah nye aku tulis skema ni)aha..

okey since dia dah ramai gila peminat(termasuk aku),lu xpayah la nak obses sgt.apa kata kita support je team harimau kita.

ps: kalau bagi aku Fakri Saarani pun aku xkisah dah..haha BYE!